Followers

May 9, 2011

Gambar bogel Pippa Middleton ditarik keluar dari Internet

Posted by MohdHaz on 11:27 AM

LONDON: Terkenal di seluruh dunia selepas memainkan peranan di majlis perkahwinan kakak mereka, Kate Middleton, Pippa dan James tidak akan membiarkan maruah mereka jatuh tanpa memberi tentangan.

Keluarga Duchess of Cambridge itu dilapor mengambil tindakan selepas gambar James dan Pippa muncul dalam keadaan berbogel di beberapa laman Internet di Amerika Syarikat.

“Seluruh anggota keluarga itu marah dengan apa yang mereka lihat sebagai satu pengkhianatan,” kata seorang rakan keluarga Middleton.
Keluarga itu percaya gambar berkenaan, yang dikatakan dirakam oleh rakan James dan Pippa, dijual dengan harga yang tinggi kepada agensi fotografi.

Mereka kini berjaya memaksa gambar itu ditarik balik dari pengedaran selepas memberi tekanan terhadap jurugambar yang mempunyai hak cipta terhadapnya.

“Gambar itu ditarik balik selepas beberapa hari berada berada di pasaran. Mereka menjadi terlalu popular dan sebab itu ia ditarik balik,” kata John Camarillo dari Zuma Press, sebuah agensi fotografi.

Satu daripada gambar itu menunjukkan Pippa, 27, berpakaian coli merah dan skirt jarang menari di depan seorang lelaki berseluar pendek.

Satu lagi gambar pula menunjukkan James, 23, meletakkan tangannya di dalam seluar pendeknya. Dalam satu lagi gambar, dia berbogel sepenuhnya, bagaimanapun kemaluannya dilindungi kakinya. - Agensi

sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site