Followers

May 8, 2011

Brad Pitt Bercinta Dengan Courteney Cox?

Posted by MohdHaz on 2:51 PM

AKTOR Brad Pitt (gambar) didakwa kembali bercinta dengan aktres Courteney Cox. Mereka dilihat berdua-duaan di restoran Beso milik penyanyi Eva Longoria, Hollwood.
Mereka kelihatan mesra ketika menyambut hari lahir pengurus mereka iaitu Cynthia Pett-Dante. Sebelum ini, mereka sering muncul bersama selepas Brad bercerai dengan Jennifer Aniston.
"Brad dan Courteney dilihat saling memandang mesra antara satu sama lain," ujar sumber kepada Us Weekly, Jumaat.
Selain itu mereka juga tidak ragu-ragu mempamerkan kemesraan di depan publik. Menurut sumber, mereka kelihatan sangat serasi sebagai pasangan.
"Mereka sangat serasi dan beberapa kali tidak ragu-ragu untuk saling berpelukan," tutur sumber itu.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site