Followers

May 22, 2011

AF9: Nera Tersingkir

Posted by MohdHaz on 7:11 PM


KUALA LUMPUR: Selepas tujuh minggu beraksi, akhirnya Nera atau nama sebenarnya Queennera Francis Kitingon, 19, terpaksa meninggalkan pentas Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) selepas diumumkan tersingkir oleh pengacaranya, Aznil Nawawi, malam Sabtu.
Walaupun persembahan Nera yang membawakan lagu Tak Ingin Sendiri oleh Hetty Koes Endang diberi pujian oleh para pengkritik, dia tetap gagal meraih perhatian penonton apabila memperoleh undian terendah sebanyak 12.9 peratus (13%).
Menurut Nera, dia agak sedih apabila tidak dapat meneruskan cita-citanya sehingga ke peringkat akhir AF sedankan dia sudah bersungguh-sunguh untuk ke arah itu.
"Saya sangat sedih dan kecewa kerana semangat saya berkobar-kobar untuk ke peringkat akhir walaupun orang mengata saya antara yang paling lemah, itu semua tidak menghalang semangat saya untuk berjuang.
"Bagaimanapun, mungkin setakat ini sahaja rezeki saya, kerana telah melakukan yang terbaik dan saya percaya kontroversi yang muncul tentang percintaan saya dengan pelajar lain sedikit sebanyak mengganggu undian daripada penonton," katanya selepas siaran langsung program realiti berkenaan di Studio 1, Astro, di sini.
Tambah Nera, walaupun tersingkir, dia akan meneruskan usaha untuk menjadi penyanyi profesional nanti.
Pada malam itu, Hazama meraih undian tertinggi iaitu sebanyak 29% diikuti pula dengan Fina (17%), Lena (15%), Erul (13%) dan Azri mendapat 13.12% (13%).
Minggu hadapan, salah seorang daripada pelajar tersebut akan menerima imuniti untuk terus ke peringkat akhir AF9.
Imuniti tersebut akan diundi oleh pihak pengkritik dan pengajar sebanyak 50% dan undian SMS (50%).
Kata pengetuanya pula, Amy Search, kejutan imuniti tersebut adalah satu sejarah buat AF kerana ini merupakan kali pertama imuniti diberikan kepada pelajar yang sekaligus dapat beraksi ke pentas final AF9 nanti.
"Belum pernah lagi AF membuat format imuniti yang memberi peluang kepada pelajar untuk ke peringkat akhir dan keadaan ini pastinya membuatkan semua orang akan bekerja lebih keras lagi.
"Malah kejutan juga akan dmuncul lagi dimana kita belum tahu berapa orang pelajar yang akan ke peringkat akhir. Seperti tahun-tahun sebelumnya, lima pelajar yang akan beraksi di pentas final, tetapi untuk tahun ini pula, mungkin tiga atau dua," ujarnya.
Sementara itu, para pelajar telah membuat persembahan mereka bersama iringan pemain-pemian muzik profesional di bawah pimpinan Aubrey Suwito.
Kumpulan Meet Uncle Hussein telah dijemput membuat persembahan di penghujung konsert dengan membawakan lagu Pokok manakala AC Mizal pula dijemput sebagai pengkritik undangan pada malam tersebut bersama dua pengkritik tetap, Hattan dan Fauziah Ahmad Daud (Ogy).
Konsert AF9 bersiaran secara langsung di Astro Ria menerusi saluran 104 setiap Sabtu pada pukul 9 malam.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site