Followers

May 29, 2011

AF9: Fina Mara ke Final

Posted by MohdHaz on 10:33 PM

FINA mara ke final AF9 setelah berjaya mendapat imuniti.
BUKIT JALIL: Pelajar berasal dari Melaka, Nurshafinaz Jebat, 18, atau lebih dikenali sebagai Fina berjaya menempatkan diri ke final Akademi Fantasia 9 (AF9) setelah berjaya mendapat imuniti.
Fina layak menerima imuniti berdasarkan markah tertinggi hasil dari undian SMS dan markah fakulti.
Menurut pengetua, Amy Search, Fina sememangnya layak untuk mendapat imunti tersebut.
"Dia layak menerima imuniti tersebut berdasarkan persembahan dari minggu pertama dalam AF9 ini.
"Setiap minggu dia menunjukkan peningkatan dan persembahan yang tidak mengecewakan," ujarnya pada sidang media Akademi Fantasia 9, di sini, Sabtu.
Dalam pada itu, mengulas kepada persembahan pelajar pada malam itu, Amy menganggap kelima-lima pelajar tersebut telah melakukan yang terbaik.
"Pada saya mereka telah menunjukkan usaha untuk memberi kelainan pada muzik tersebut.
"Berkenaan kritikan yang diberikan itu ada subjektif, tapi bagi saya kesemua mereka telah melakukan yang terbaik," katanya.
Sementara itu, tiada sebarang penyingkiran yang dibuat pada malam tersebut.
Empat peserta iaitu Hazama, Azri, Erul dan Lena akan meneruskan perjuangan mereka pada minggu kesembilan bagi menempatkan diri ke pusingan akhir.
Pertandingan peringkat akhir AF9 akan berlangsung pada Ahad, 12 Jun depan dan tempat akan diberitahu kemudian.
Selain itu, sebuah konsert kenangan Afnil turut diadakan pada 11 Jun depan bagi menyemarakkan konsert akhir dan penutup program realiti popular itu.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site