Followers

May 10, 2011

Adira Mahu Berlakon Walaupun Tidak Berbakat

Posted by MohdHaz on 1:39 AM

Adira. Foto YAP CHEE HONG
PETALING JAYA: Penyanyi Siti Adira Suhaimi atau Adira, 20, memberitahu dia sedang mengikuti kelas lakonan untuk mencuba nasib di bidang tersebut.
Menurut Adira, dia ingin melihat sejauh manakah bakatnya mampu berkembang di bidang tersebut walaupun menyedari kebolehannya lebih kepada dunia nyanyian.
"Ketika di zaman sekolah, saya selalu menjadi “pokok” setiap kali menyertai mana-mana teater drama dan langsung tidak berbakat dalam lakonan.
"Tetapi saya ingin mencuba dan kini sedang menjalani kelas lakonan yang diuruskan oleh pihak Astro," katanya yang ditemui di Menara Star, di sini, Isnin.
Tambahnya dia begitu kagum melihat kehebatan lakonan pelakon seperti Awie, Amy Mastura serta Yasin Senario dan ingin menjadi seperti mereka suatu hari nanti.
"Bagaimanapun, rasanya saya belum layak lagi menyertai ke bidang ini dan perlu banyak belajar mengenai selok-belok lakonan.
"Saya ada pergi membuat uji bakat di sebuah syarikat produksi tetapi rasanya macam tak dapat kerana bahasa percakapan saya masih lagi mempunyai loghat Sabah yang kuat," ujarnya.
Adira bakal muncul dengan “single” baru bersama kekasihnya, Hafiz, bersempena dengan lagu tema filem arahan Osman Ali, Ombak Rindu tidak lama lagi. Lagu berkenaan masih belum diberi tajuk.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site