Followers

May 6, 2011

5 pasukan guna nama Osama

Posted by MohdHaz on 4:31 PM



SEBAHAGIAN pemain yang akan beraksi dalam lima pasukan yang menggunakan nama Osama pada kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011.


KUALA LUMPUR - Nama ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden menjadi pilihan lima pasukan yang bertanding dalam kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 yang akan berlangsung dari 26 hingga 29 Mei depan.
Lima pasukan dari Putrajaya itu ialah Osama Laden Junior A, Osama Laden B, Osama Laden FC, Team Osama Laden A dan Team Osama B.
Menurut pengurus kelima-lima pasukan itu, Khairul Azri Jannury, 36, nama tersebut menjadi pilihan untuk menunjukkan keunikan pasukan itu, namun pasukan terbabit tidak mempunyai kaitan dengan individu terbabit.
"Nama tersebut dipilih secara kebetulan selepas berita kematian Osama dilaporkan media," katanya di sini semalam.
Osama, 54, yang didakwa menjadi dalang serangan pengganas di New York pada 11 September 2001 dibunuh oleh sekumpulan komando Amerika Syarikat (AS) dalam satu operasi rahsia di Pakistan pada malam Ahad lalu.
Selain itu, Khairul Azri memberitahu, penyertaan 'gagasan' Osama dalam kejohanan futsal tersebut merupakan kali pertama selepas dianjurkan pada tahun lalu.
Khairul Azri berkata, mereka akan bertanding dalam kesemua kategori kecuali larut malam dan terbuka wanita.
Selain itu, katanya, kelima-lima pasukan itu akan mempamerkan aksi hebat pada kejohanan itu bagi memburu kejuaraan.
"Kami mahu memberikan kejutan kepada pasukan sedia ada termasuk juara bertahan dalam setiap kategori yang disertai," ujarnya.
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site