Followers

Apr 23, 2011

William, Kate lawat pusara Diana

Posted by MohdHaz on 1:29 AM

WILLIAM bersama Kate tiba di Witton Country Park, Darwen, England sebelum  pasangan diraja  itu melangsungkan perkahwinan 29 April ini.
WILLIAM bersama Kate tiba di Witton Country Park, Darwen, England sebelum pasangan diraja itu melangsungkan perkahwinan 29 April ini.
Pasangan diraja turut melawat kediaman keluarga ibu sebelum berkahwin 

LONDON: Putera William dan tunangnya, Kate Middleton melawat kubur Puteri Diana, seminggu sebelum perkahwinan diraja berlangsung pada 29 April.


Pasangan itu meletakkan jambangan bunga di tempat perkuburan Diana di Estet Althorp di Northamptonshire. Pendedahan ini dibuat selepas ibu bapa Kate, Michael dan Carole, menghadiri majlis makan tengah hari bersama Ratu yang dipercayai kali pertama pemerintah diraja itu bertemu dengan bakal mentua cucunya.
Ketika pasangan itu melawat kediaman keluarga Diana di kawasan seluas 5,665 hektar, William, 28, dan tunangnya, Kate, 29, menaiki bot ke pulau yang menempatkan kubur ibunya, lapor The Daily Mirror. 

Mereka juga melawat taman di mana William dan adiknya, Harry menanam pokok ketika mereka kecil. 

“Adalah penting bagi William membawa Kate melawat ibunya sebelum hari perkahwinan mereka. Diana masih lagi menjadi sebahagian besar daripada kehidupan putera itu,” kata sumber. 
“Walaupun Kate tidak menemui Diana, beliau tahu yang Diana adalah wanita mengagumkan dan penting untuk beliau memahami kasih sayang dan kesedihan William akibat kehilangan ibunya,” katanya. 

Pulau yang dikenali sebagai The Oval, dijadikan tempat persemadian Diana oleh adiknya, Charles Spencer selepas kematiannya. Estet Althorp menjadi kediaman keluarga Spencer sejak kurun ke -16. 

Sementara itu, Kate dilihat membuat pembelian pelik seminggu sebelum perkahwinannya dengan membeli blaus perang seperti yang pernah dimilikinya. 

Beliau membayar $AS192 (RM578) untuk blaus beropol dari rangkaian butik mewah, Whistles selain turut membeli belah di Kings Road, Chelsea, lapor Telegraph. 

Kali pertama bakal puteri itu membeli blaus sutera yang sama pada 2008, menjadikan ia terkenal apabila beliau menggunakannya untuk rakaman gambar rasmi pertunangan pada November 2010. 

Whistles segera mengesan rekaan lama itu dan mengeluarkan kembali blaus sama menjelang perkahwinan Kate. 

Ini hari kedua berturut-turut Kate dilihat membeli belah, beliau membelanjakan $344 (RM1,036) membeli pakaian di Warehouse dan lebih banyak lagi pakaian di Banana Republic kelmarin. 

Media British meramalkan beliau mengumpulkan pakaian untuk berbulan madu. – Agensi 



sumber : bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site