Followers

Apr 28, 2011

Tarikh kahwin bawa kesan buruk, kontroversi: Tukang tilik

Posted by MohdHaz on 1:46 PM

LONDON: Tukang tilik peribadi mendiang Puteri Diana merasakan pemilihan tarikh perkahwinan Putera William dan Kate akan membawa kesan buruk pada perkahwinan mereka.

Penny Thornton yang menjadi rakan baik mendiang ibu William dan membekalkannya dengan ramalan harian peribadi berkata, tarikh esok akan membawa masa depan yang penuh gelora bagi pasangan diraja itu.

Meskipun yakin rumah tangga William dan Kate akan berpanjangan, dia meramalkan akan berlaku banyak kejutan sepanjang tempoh itu.
“Saya percaya mereka dijadikan untuk satu sama lain,” kata Thornton dalam laman web peribadinya.

“Mereka saling melengkapi antara satu sama lain dan ikatan perkahwinan mereka akan kukuh dan berpanjangan. Tetapi saya tidak bersetuju dengan tarikh perkahwinan yang dipilih mereka. “Dalam kes William dan Kate, bulan itu agak dekat kerana itu kontroversi dan perubahan luar jangkaan akan memberi kesan kepada kehidupan mereka bersama,” katanya. - Agensi

sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site