Followers

Apr 23, 2011

Robert Pattinson Takut Pada Badut

Posted by MohdHaz on 1:09 AM

Robert Pattinson
LONDON: Hero filem Twilight, Robert Pattinson mendedahkan ketakutannya kepada badut selepas pernah menyaksikan badut itu mati terbakar di depan matanya pada zaman kanak-kanak.
Mengimbau kenangan hitam itu, Pattinson berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia sekeluarga berada di sebuah tapak sarkas sehingga menyebabkan perasaan trauma.
"Pertama kali saya berkunjung ke tapak sarkas, satu badut mati terbakar di depan mata saya selepas kereta yang mereka naiki meletup secara tiba-tiba.
"Keadaan menjadi kucar-kacir. Semua pengunjung sangat terkejut dan ketakutan," katanya seperti dipetik akhbar The Sun.
Perasaan trauma itu sekali lagi menjelma dalam hidupnya apabila aktor itu terlibat dalam filem terbaru Water For Elephants.
Dalam filem itu, dia memainkan watak pelajar veterinar yang menyertai sebuah kumpulan sarkas.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site