Followers

Apr 22, 2011

RM133,150 menanti pemenang

Posted by MohdHaz on 12:47 PM

KUALA LUMPUR – Pertandingan futsal terhebat di Putrajaya kembali dengan menawarkan wang tunai dan hadiah melebihi RM133,150 untuk dimenangi.
Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 bakal menggegarkan Kompleks Futsal 1Malaysia Presint 18, Putrajaya bermula 26 hingga 29 Mei depan.
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Madzrib Ibrahim berkata, kejohanan itu dijangka menarik lebih 2,000 pasukan untuk berentap selama 80 jam tanpa henti siang dan malam.
Pada tahun ini kejohanan itu diadakan selama empat hari tiga malam.
Beliau berkata, KBS kini hanya menunggu masa untuk menjayakan kejohanan tersebut yang dijangka mendapat sambutan hangat memandangkan ia merupakan salah satu kejohanan futsal terbesar di negara ini.
“Walaupun borang penyertaan belum lagi dikeluarkan namun bahang kejohanan sudah dirasai. Setakat ini, beratus-ratus pasukan telah menyatakan kesediaan menyertai kejohanan tersebut.


“Kita juga sudah bersedia daripada semua aspek termasuk gelanggang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tujuh kategori dipertandingkan dalam kejohanan tahun ini termasuk dua kategori baru iaitu Terbuka Lelaki Antarabangsa dan Terbuka Wanita Antarabangsa.
Sementara itu, hadiah wang tunai untuk juara kategori Terbuka Lelaki dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM25,000.
Bagi juara kategori Lelaki Bawah 18 dan Terbuka Wanita, jumlah hadiah turut dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM10,000.


Untuk kategori Larut Malam, hadiah wang tunai kini ditawarkan sebanyak RM20,000 berbanding RM15,000 tahun lepas manakala RM5,000 menanti pasukan yang menjuarai kategori Lelaki Bawah 12.
Pendaftaran dibuka mulai hari ini dan yuran penyertaan RM90 dikenakan untuk kategori Terbuka Lelaki dan Larut Malam, RM50 bagi kategori Lelaki Bawah 18 dan Terbuka Wanita serta RM10 bagi kategori Lelaki Bawah 12.
Bagi kategori Lelaki dan Wanita Antarabangsa, yuran penyertaan sebanyak RM100 dikenakan. Kategori itu terbuka kepada belia warga asing yang menetap di Malaysia.
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site