Followers

Apr 24, 2011

Raja jadi kereta - Keluarga Diraja Britain

Posted by MohdHaz on 2:19 PM

WATAK WILLIAM...  kereta model Bentley Continental bernama Putera Wheeliam.
WATAK WILLIAM... kereta model Bentley Continental bernama Putera Wheeliam.
MAJLIS perkahwinan yang menyatukan bakal raja Britain, Putera William dengan Kate Middleton bukan saja diabadikan dalam pelbagai bentuk tanda ingatan, seperti tuala, pinggan atau kek.
Disebabkan populariti meluas itu, tokoh Istana Buckingham terbabit turut menjadi sumber ilham dalam penghasilan filem animasi terbaru Disney, Cars 2.

Selain William, Cars 2 mengabadikan watak Ratu Elizabeth II dalam cerita pengembaraan hero filem berkenaan, Lightning McQueen.

   
  • FotoPENYERI... watak sampingan yang ditemui McQueen sepanjang pengembaraannya ke Eropah dalam Cars 2.
  • FotoLENGKAP MAHKOTA... penerbit memilih kereta antik khusus Elizabeth.
  • FotoTEKSI... satu watak sampingan yang ditemui McQueen sepanjang pengembaraannya.
  • FotoPENGAWAL DIRAJA... sesuai watak Sarjan Highgear sebagai pengawal istana.
Dalam filem itu, William, 28, digambarkan sebagai sebuah kereta model Bentley Continental bernama Putera Wheeliam, manakala sebuah kereta antik — lengkap dengan mahkota pada bumbungnya — mewakili Elizabeth.

Penerbit Cars 2, Denise Ream berkata, pelukis animasi terpaksa membuat kajian mendalam bagi mengenal pasti model kereta yang sesuai dengan watak Elizabeth.

Katanya, kereta pilihan mereka adalah model yang dikeluarkan ketika Elizabeth ditabalkan sebagai ratu pada Jun 1953.


Pengarah Seni Watak, Jay Shuster berkata, mereka mengambil langkah berhati-hati menggambarkan model kereta berkenaan bagi mewakili watak Elizabeth.

“Bukan mudah menggambarkan satu watak diraja menjadi kereta,” katanya.


Dalam filem itu, kata Shuster, mereka mencipta kereta yang memiliki sifat elegan bagi menyesuaikannya dengan watak terbabit.

“Kami meluangkan banyak masa untuk menekankan corak dan reka bentuk teliti supaya semuanya kelihatan berpadanan,” katanya.

Menurut Shuster, pasukan animasi menghabiskan masa berminggu-minggu menyiapkan perapian mahkota dipakai kereta itu dalam Cars 2.

Katanya, setiap butir berlian pada mahkota itu dicipta sebaik mungkin supaya ia kelihatan berkilau seperti berlian asli.

Dalam Cars 2, penonton dipaparkan cerita McQueen dan sahabatnya — trak penunda Mater — berkelana dari Amerika Syarikat ke ke Eropah dan bertemu banyak watak setempat.

Mereka mengembara dalam misi bertanding dalam Grand Prix Dunia bagi menentukan status kereta paling pantas di dunia.

Owen Wilson meminjamkan suaranya untuk watak McQueen, manakala suara Michael Caine digunakan untuk watak penyiasat hebat Britain, Finn McMissile.

Bekas juara FI, Lewis Hamilton turut membuat penampilan istimewa dalam filem berkenaan di samping watak sampingan baru, Topper Deckington III, Chauncy Fares dan Sarjan Highgear.

sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site