Followers

Apr 20, 2011

Putera William rai wanita gelandangan

Posted by MohdHaz on 5:00 PM

LONDON: Di kala Putera William merealisasikan impian seorang wanita yang pernah menjadi gelandangan dengan menjemputnya menghadiri perkahwinannya, tunangnya, Kate Middleton pula dikatakan tidak menjemput saudara mara yang terdekat.


William menjemput Shozna, wanita warga Britain yang mengalami strok ketika menjalankan latihan di rumah penjagaan kanak-kanak dan memerlukan pembedahan jantung. Beliau kemudian tinggal di rumah saudara mara sehingga dirujuk ke badan kebajikan orang tidak berumah Centrepoint di mana pewaris takhta itu menjadi penaungnya.

William membantunya mendapatkan kediaman dan mengubah hidupnya. 

Shozna memberitahu akhbar The Mirror yang putera itu berjumpa dengannya dan berjenaka. 

“William memuji dan tersentuh dengan ucapan yang saya berikan pada majlis makan malam kebajikan. Beliau memeluk saya dan saya rasa selesa. Beliau benar-benar putera berjiwa rakyat,” katanya. 

Wanita itu tidak menyangka akan dihubungi pihak William lagi tetapi terkejut apabila menerima jemputan majlis pada 29 April ini di dalam kotak suratnya. 
“Saya tidak tahu apa yang saya sudah lakukan membolehkan saya layak menerima jemputan diraja ini,” katanya. 

Ramai jemputan terdiri daripada golongan kaya dan ternama akan menghadiri majlis perkahwinan bersejarah itu, antaranya pasangan selebriti David dan Victoria Beckham, Sir Elton John, Guy Ritchie, bekas ketua ragbi England Sir Clive Woodward dan 1,900 lagi tetamu. 

Tetapi nampaknya tiada tempat untuk sepupu kedua, Middleton, Mike Clark untuk menghadiri perkahwinan diraja itu. 

Malah, Clark yang berusia 59 tahun itu hanya akan berada di kedai koperasi di Llangennech, dekat Llanelli, menjual cenderahati perkahwinan diraja itu. 

“Saya tidak marah kerana tidak dijemput tetapi saya tidak faham kenapa beliau (Kate) lebih pentingkan orang luar daripada keluarga. Saya tidak menolak jika kami lambat dijemput. Adalah menarik jika kami turut dijemput dan saya tidak akan melepaskan peluang menghadiri perkahwinan ini,” katanya. – Agensi 



sumber : bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site