Followers

Apr 23, 2011

Lindsay dibicara hari ini

Posted by MohdHaz on 3:24 PM

LINDSAY.
LINDSAY.
LOS ANGELES: Aktres, Lindsay Lohan dijadual dibicarakan hari ini berhubung tuduhan mencuri barang kemas yang mengancam peluang untuk menghidupkan semula kariernya.
Lindsay, 24, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia mencuri rantai emas berharga AS$2,500 (RM7,500) dari sebuah kedai di Los Angeles Januari lalu, hanya beberapa minggu selepas menamatkan rawatan pemulihan ketagihan dadah dan alkohol yang diarahkan oleh mahkamah.

Perbicaraan hari ini memberi peluang kali pertama kepada peguam selebriti itu untuk memberi keterangan dan pendakwa raya untuk mengemukakan bukti terhadap aktres itu.
Hakim juga akan memutuskan sama ada bintang ‘Mean Girls’ itu perlu dibicarakan di depan juri atas tuduhan mencuri yang boleh menyebabkan dia dihukum penjara tiga tahun jika didapati bersalah.

Lindsay masih di bawah pengawasan polis kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan memiliki kokain.

Dia dipenjara dua minggu pada 2010 dan boleh diarah dengan mudah untuk dipenjara sekali lagi jika melanggar syarat pengawasan itu.
Pelakon itu baru-baru ini memperoleh peranan dalam filem mengenai samseng New York, John Gotti. Bagaimanapaun, setakat ini, masih belum jelas bagaimana dia akan menyesuaikan masa untuk penggambaran filem itu lewat tahun ini jika dia dipenjara. Namun, aktres itu bertegas menyatakan dia tidak bersalah.

“Saya tidak dibesarkan untuk menipu atau mencuri,” kata Lindsay dalam laman Twitternya Februari lalu.

Rakannya berkata, dia percaya barang kemas itu disewakan kepadanya apabila dia keluar dari kedai itu dengan memakainya. Pernah dianggap sebagai aktres muda yang mempunyai masa depan cerah, karier Lindsay boleh dikatakan hampir musnah. Kali terakhir dia berlakon ialah tahun lalu dalam filem ‘Machete.’ - AP

sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site