Followers

Apr 24, 2011

Kris Dayanti dihambat kontroversi hamil

Posted by MohdHaz on 2:09 PM



KRIS DAYANTI dan Raul sama-sama berasa bertanggungjawab atas kehamilan sebelum pernikahan ini. Kris disahkan hamil pada Januari lalu tetapi pasangan popular ini bernikah pada 20 Mac lalu di Jakarta, Indonesia.


NAMPAKNYA perkataan kontroversi sentiasa melekat buat diri seorang diva bernama Kris Dayanti. Belum larut berita perkahwinannya diperkatakan, kini timbul satu lagi cerita yang menjadi buah mulut khalayak di Indonesia dan Malaysia.
Baru sahaja bernikah dengan jutawan Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu, Kris terpalit dengan kontroversi hamil sebelum nikah. Penyanyi lagu Mencintaimu itu sedang hamil empat bulan.
“Ya, saya hamil empat bulan. Saya disahkan berbadan dua oleh doktor pada Januari lalu,” kata penyanyi tersebut merungkai segala tanda tanya.
“Kami berdua sudah dewasa. Kami menerima hal ini (kehamilan) dengan penuh rasa tanggungjawab,” jelas Kris.
Hal tersebut turut diakui teman baik Kris iaitu Iis Dahlia.
“Ya, betul seperti yang disiarkan oleh media. Kris sendiri sudah bercerita dan memberitahu bahawa dia hamil,” ujar Iis yang memanggil Kris dengan nama Yanti.
Sewaktu diminta mengulas kehamilan luar nikah Kris, Iis mempunyai jawapannya sendiri.
“Mengenai perkara itu, biarlah ia menjadi urusan mereka. Kita juga bukan orang yang suci.
“Saya percaya bukan hanya Kris yang begitu. Jadi tidak usah diperbesar-besarkan.
“Dari segi tanggungjawab, biar mereka yang fikir. Mereka kan sudah dewasa,” ujar Iis.
Lain pula komentar daripada bekas isteri Raul, Atta yang menjawab secara sinis sambil ketawa besar.
“Ya saya dan Raul bercerai pada bulan Disember dan ini bererti kami belum bercerai sewaktu Kris dihamilkan,” katanya yang tidak hairan dengan berita tersebut.
“Logik sahaja kalau sebelum nikah mereka sudah bersama. Kalau ke Timor Leste kan tinggal bersama? Boleh saja hamil.
“Bagaimana saya mahu terkejut kerana orang belum bernikah sering sahaja bersama. Apa bezanya?” sambungnya.
Khabar tentang Kris yang berbadan dua turut sampai ke pendengaran bekas suaminya iaitu komposer Anang.
Meskipun bekas isterinya itu hamil sebelum nikah, Anang tetap mengirimkan doa tulus buat ibu kepada anak-anaknya itu.
“Saya mendoakan supaya sihatlah, baik anaknya mahupun ibunya dan keluarga,” ucap Anang yang mengetahui berita tersebut daripada pihak media.
“Mendengar khabar seperti itu, anak-anak, baik Aurel mahupun Azriel gembira mereka akan mendapat adik,” ungkap Anang mewakili dua anak hasil perkahwinannya dengan Kris.
Buat anak sulung Kris iaitu Aurel, dia pada mulanya tergamam dengan berita kehamilan ibunya.
“Saya terkejut ketika diberitahu oleh ibu sewaktu saya dan adik berjalan-jalan di sebuah pasar raya.
“Kemudian saya berasa senang sekali,” ujarnya yang merasakan anugerah Tuhan ini diberikan dengan cepat kepada ibunya.
Aurel menyatakan keinginannya untuk mempunyai seorang adik perempuan, berbeza dengan Azriel yang mahukan adik lelaki.
“Teruja dan gembira sekali. Saya mahu adik perempuan, manakala Azriel mahu lelaki.
“Nanti kalau ibu beritahu jantinanya apa, saya akan belikan baju,” katanya matang menerima berita itu.
Bagaimanapun, berita Kris hamil luar nikah mendapat reaksi berbeza daripada pihak Front Pembela Islam (FPI) di Indonesia.
Pemimpin FPI, Habib Salon berkata, seks luar nikah Kris dan Raul adalah sesuatu yang salah di sisi Islam.
“Dalam Islam, ada dua hukum. Pertama, kalau dia hamil empat bulan sebelum pernikahan, maka anaknya disebut anak zina dan ibu bapanya boleh direjam,” ujar Habib yang menentang keras penzinaan.
Apa pun, khabarnya rumah Kris yang terletak di Radio Dalam, Jakarta Selatan sedang diubahsuai, mungkin bagi menyambut kelahiran orang baru di dalam rumah itu.
“Kris mengubahsuai biliknya. Setahu saya dua bilik dijadikan satu, mungkin buat kelahiran si bayi,” kata seorang jiran Kris.
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site