Followers

Apr 28, 2011

Kekecewaan Victoria dan Nichkhun

Posted by MohdHaz on 1:36 PM



NICHKHUN (kiri) dan Victoria.


DALAM program realiti We Got Married yang disiarkan pada 23 April lepas, Nichkhun, anggota 2PM dan Victoria, anggota kumpulan f(x) menunjukkan rasa kecewa apabila artikel yang diusahakan mereka berdua telah dipotong daripada sebuah majalah.
Nichkhun dan Victoria yang dipasangkan sebagai pasangan suami isteri dalam program perkahwinan palsu itu terlebih dahulu diberikan tugasan untuk menjadi seorang wartawan selama sehari dan menulis artikel berkaitan dengan makanan Korea.
Malah, mengikut perancangan awal, mereka diminta untuk menulis artikel sebanyak dua muka surat untuk majalah percutian antarabangsa di Korea itu.
Meskipun tugasan tersebut sebenarnya untuk program realiti itu, namun, mereka berdua bekerja keras untuk menghasilkan artikel yang terbaik.
Malangnya, daripada dijanjikan dua muka surat penuh, hanya satu muka surat daripada majalah itu yang memaparkan artikel mereka. Menambahkan lagi kekecewaan mereka, tidak ada satu baris ayat yang ditulis mereka muncul di dalam artikel itu.
"Majalah itu merupakan majalah profesional dan dijual sehingga ke luar Korea, jadi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi sejak peringkat awal tugasan itu diberi. Walaupun begitu, saya tetap menyimpan harapan agar artikel yang ditulis kami akan muncul seperti mana yang diusahakan," kata Nichkhun.
Tambah Victoria pula: "Saya terlalu meletakkan harapan yang tinggi, jadi saya kecewa. Perasaan saya sekarang seperti seseorang menyimbah air sejuk kepada saya."
sumber : kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site