Followers

Apr 27, 2011

Kate pinjam mahkota Ratu

Posted by MohdHaz on 3:13 PM

GAMBAR LAKARAN....Kate kelihatan jelita dengan mahkota Fringe.
GAMBAR LAKARAN....Kate kelihatan jelita dengan mahkota Fringe.
LONDON: Ratu Elizabeth dikatakan kerap meminjamkan atau menghadiahkan pengantin diraja mahkota pada hari perkahwinan mereka.

Kini, pemerhati perkahwinan diraja menjangka Elizabeth akan meminjamkan satu daripada mahkota miliknya untuk dipakai Kate Middleton pada hari perkahwinannya dengan William. Hari perkahwinan bakal puteri itu mendapat perhatian ramai sehinggakan segelintir orang berminat membuat pertaruhan di seluruh United Kingdom mengenai isu berkenaan.

Wartawan Berita ABC, Duncan Larcombe melaporkan dalam akhbar The Sun, seorang wanita berusia pertengahan abad bertaruh sebanyak 6,000 pound (RM20,000) bahawa Kate akan memakai mahkota ‘Fringe’ yang dipakai oleh Elizabeth pada hari perkahwinannya pada 1947. Sekiranya, telahan wanita itu tepat, wanita itu berpeluang untuk memenangi 72,000 pound (RM360,000). Jurucakap agensi perjudian itu, Alex Donohue memberitahu Larcombe, “Sekiranya telahan wanita itu betul, kami akan kerugian. 

Dia berani bertaruk demikian mungkin lerana dia mempunyai banyak wang atau dia memiliki sumber maklumat yang betul.” Asal-usul mahkota Fringe menjadi perdebatan di kalangan pihak pentadbiran diraja. Sesetengah ahli sejarah percaya ia dibuat pada 1830 daripada berlian yang dimiliki Raja George III. Koleksi diraja mendakwa ia dibuat pada 1919 untuk Ratu Mary daripada rantai yang diterimanya daripada Ratu Victoria. Mahkota itu diwarisi secara turun-temurun oleh keluarga diraja Britain Sementara itu, cuaca mendung diramalkan pada hari perkahwinan William dan Kate. Peramal kaji cuaca mengatakan hujan mungkin turun sepanjang minggu ini, malah petir turut dijangka berlaku Jumaat ini.

“Cuaca di selatan Britain dijangka mendung dengan hujan turun sekejap-sekejap Jumaat ini,” kata jurucakap Pejabat Meteorologi.

“Kemungkinan hujan turun sekejap-sekejap di London dengan cuaca cerah silih berganti. Angin timur laut yang bertiup menyebabkan suhu sedikit dingin,” katanya. - Agensi

sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site