Followers

Apr 26, 2011

Jari ditemui pekerja KTMB milik bekas banduan

Posted by MohdHaz on 11:10 PM

PETALING JAYA: Sepuluh jari yang ditemui dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Kuang semalam adalah milik seorang bekas banduan yang baru dibebaskan baru-baru ini. 

Bekas banduan yang berumur 29 tahun itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh berikutan kejadian itu dan keadaannya dilapor stabil.


Adik lelaki banduan berkenaan yang enggan dikenali ketika ditemui di hospital itu hari ini percaya jari yang ditemui itu milik abangnya setelah abangnya ditetak dua hari lalu.

"Kami tidak tahu apa motif kejadian ini dan dia (mangsa) tidak mahu bercerita mengenai kejadian tetak itu," katanya. 

Beliau berkata, abangnya baru keluar penjara selepas sebulan dipenjarakan dan ketika ini tidak mempunyai pekerjaan. 

Semalam, seorang pekerja KTMB yang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik. 

Turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau, manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik itu. 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya menahan seorang individu yang dipercayai dapat membantu siasatan kes itu. 

"Kami kini sedang mengesan individu-individu lain untuk membantu siasatan," katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran. - BERNAMA


sumber : bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site