Followers

Apr 21, 2011

Isteri kedua syak anak mati didera madu

Posted by MohdHaz on 10:27 AM

Isteri Kedua Syak Anak Mati Didera Madu
SUNGAI PETANI: Isteri kedua seorang peniaga membuat laporan polis selepas mendakwa anak lelakinya mati dipercayai didera oleh isteri pertama suaminya.

Wanita berumur 22 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini malam tadi dan mendakwa anaknya didera di rumah madunya itu di sini.

Menurut wanita itu, anaknya yang berumur 18 bulan itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta selepas dikatakan terjatuh dari katil dua tingkat pada 11 pagi semalam tetapi dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan hanya lima jam kemudian.

Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa anaknya itu dibawa tinggal bersama keluarga suaminya kerana mereka tidak mempunyai anak lelaki.

"Saya terkejut apabila dihubungi keluarga suami memberitahu bahawa anak saya meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terjatuh katil," kata wanita itu.

Bagaimanapun, dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila melihat keadaan mayat anaknya yang mempunyai kesan kecederaan.

"Ketika menguruskan mayat, saya dapati ada kesan kecederaan di badannya seperti kesan didera. Saya syak ada sesuatu tidak kena," katanya lagi.

Wanita itu berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya ialah enam bulan lepas dan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan sihat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali berkata, polis sedang menunggu laporan bedah siasat sebelum mengambil tindakan lanjut.-BERNAMA

sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site