Followers

Apr 30, 2011

Ashanty Terkejut Anang Ucap Kata Cinta

Posted by MohdHaz on 1:51 AM

Pasangan duet ini dikatakan sedang dilamun cinta.
JAKARTA: Penyanyi Ashanty mengaku terkejut apabila komposer Anang Hermansyah meluahkan perasaan cinta kepadanya.
"Apa yang dilakukan oleh Anang begitu spontan dan saya sangat terkejut kerana tujuan kita ke mari adalah untuk menyanyi dan tidak sangka ada gimik sebegitu<' ujarnya kepadaDetikHot.com.
Kedua-dua pasangan tersebut hadir menjayakan rancangan Dahsyat terbitan sebuah stesen televsiyen Indonesia, Khamis.
Selain terkejut, Ashanty juga masih keliru dengan apa yang diluahkan bekas suami Krisdayanti itu. Bagi Ashanty, Anang seorang yang serius tentang cinta.
"Saya tahu ramai yang menganggap perkara tersebut telah kami rancang, tetapi sebenarnya saya sendiri tidak mengetahuinya," jelasnya sambil tersenyum.
Bagaimanapun menurut Anang, dirinya masih menunggu jawapan balas daripada penyanyi jelita itu.
"Ya, apa yang saya katakan tadi benar dan sekarang tinggal menunggu jawapan dari pihaknya sahaja," kata Anang.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site