Followers

Apr 20, 2011

Artis Malaysia cipta potret pasangan diraja Britain guna 77,000 pin

Posted by MohdHaz on 6:40 PM

UNIK... Hasil karya kreatif Nason Ponniah yang melakarkan potret  Putera William bersama pasangannya Kate Middleton dengan menggunakan pin. - Foto BERNAMA
UNIK... Hasil karya kreatif Nason Ponniah yang melakarkan potret Putera William bersama pasangannya Kate Middleton dengan menggunakan pin. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang artis Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk menghasilkan sesuatu yang unik sempena perkahwinan diraja Britain pada 29 April ini antara Putera William dengan tunangnya, Kate Middleton. 

Dengan bakat istimewanya, Nason Ponniah, 56, menghasilkan potret kedua-dua pasangan itu menerusi 77,000 pin bersalut nikel yang berukuran 1.05 meter x 1.40 meter.



"Saya mahu melakukan sesuatu mengenai perkahwinan yang bakal menjelma. Setiap orang bercakap mengenainya. Ia seperti hadiah. Saya percaya saya seorang yang melakukan seperti ini (menghasilkan potret dari pin)," kata ejen hartanah ini kepada Bernama.
Nason berkata, dengan menghasilkan potret berkenaan, beliau juga mahu menjadikan Malaysia terkenal dari hasil karya yang unik seperti itu. 

Beliau sangat-sangat berharap supaya karyanya itu dapat dihantar ke Istana Buckingham. 

"Jika ada cara saya boleh menghantarnya ke Istana Buckingham, saya akan lakukannya. Saya berfikir untuk meminta bantuan Datuk Jimmy Choo (pereka kasut terkenal yang berasal dari Malaysia). 

"Atau saya boleh letak di Suruhanjaya Tinggi British atau British Council di mana orang boleh melihatnya," kata beliau yang juga akan mempertimbangkan sekiranya terdapat badan korporat yang mahu membeli hasil seni itu. 
Sehingga kini Nason mencipta ratusan hasil seni dari pin termasuk wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan bangunan seperti Kuala Lumpur City Centre. - BERNAMA 



sumber : bharian.com.my

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site