Followers

Apr 22, 2011

Anak Kaspersky diculik

Posted by MohdHaz on 12:38 PM

MOSCOW: Anak jutawan perisian komputer Russia, Eugene Kaspersky diculik di bandar raya ini.
Penculiknya menuntut bayaran 3 juta euro (RM13 juta) untuk pembebasannya.

Laman berita web, Lifenews.ru melaporkan semalam, penculik yang tidak dikenali itu melarikan Ivan Kaspersky, 20, Selasa lalu dan menuntut bayaran tebusan daripada bapanya menerusi telefon.




Kaspersky yang mengasaskan syarikat antivirus komputer, Kaspersky Lab, terbang pulang dari London ke Moscow. Laman web Gazeta.ru melaporkan, sumbernya dalam pasukan keselamatan mengesahkan Ivan Kaspersky diculik. Sementara itu, agensi berita Interfax memetik satu sumber sebagai berkata, Ivan Kaspersky hilang Selasa lalu dan gerakan mencari dilancarkan oleh perkhidmatan perisikan dan polis. - AFP


sumber : hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site