Followers

Apr 23, 2011

Aliff Aziz & Hao Ren Berduet Lagu 'Dilema Cinta'

Posted by MohdHaz on 1:06 AM

Hao Ren dan Aliff Aziz
KUALA LUMPUR: Selepas lagu Dilema Cinta (versi bahasa Mandarin) yang dinyanyikan oleh bekas peserta Astro Talent Quest 2009, Hao Ren, mendapat tempat pemimat berbangsa Cina, kini lagu tersebut dinyanyikan semula oleh penyanyi tersebut dalam versi bahasa Malaysia pula bersama penyanyi Singapura, Aliff Aziz.
Menurut Hao Ren, lagu yang berkonsepkan R&B itu hasil gandingan mantap mereka berdua dijangka dapat mempengaruhi minat muzik orang Melayu.
"Sebelum ini saya mendengar lagu Sayang-Sayang daripada Aliff dan saya percaya kami mampu melakukan kolaborasi bersama. Kebetulan pula kami merupakan artis di bawah satu syarikat yang sama iaitu Sony Music, sekali gus memudahkan kerjasama.
"Tambah pula saya pernah menjadi koreografer Aliff bagi klip video lagu Cinta. Jadi, kami serasi menyanyi bersama.
"Pada masa yang sama, konsep muzik yang kami bawakan juga adalah serupa iaitu pop R&B.
"Bagaimanapun, saya mahu mencuba pasaran untuk orang Melayu pula. Lagu Dilema Cinta adalah percubaan pertama saya," katanya yang ditemui pada sesi ramah mesra bersama Aliff Aziz dan Hao Ren di Eastern World Music, Jalan Imbi, di sini, Jumaat.
Tambah Hao Ren, lagu yang dihasilkan oleh dia sendiri dan lirik oleh Sha Kalam ini mengisahkan tentang dua lelaki yang ingin memiliki cinta daripada seorang wanita yang sama.
Sementara itu, Aliff yang masih lagi terlibat dalam program khidmat negara di Singapura menyatakan rasa gembira kerana berpeluang menyanyikan lagu tersebut bersama Hao Ren.
"Pada saya, Dilema Cinta merupakan lagu yang catchy dan ia merupakan lagu yang senang untuk diingati.
"Memang saya harap, lagu ini mendapat respons yang baik daripada peminat Malaysia. kerana lagu ini, saya juga sanggup mengambil cuti untuk beberapa hari daripada latihan khidmat negara untuk membuat rakaman serta klip video lagu ini," katanya yang popular dengan lagu Kalau Cinta yang dinyanyikan bersama Joanna & Co.
Selain itu, Aliff masih lagi sibuk mempromosikan album keduanya, Its Aliff's Time.
sumber : mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site