KUCHING: Lapan bekas menteri negeri yang menang dalam pilihan raya Sarawak pada Sabtu lalu, mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai ahli kabinet negeri yang baru hari ini selepas Barisan Nasional sekali lagi diberi mandat membentuk kerajaan negeri.
Lima daripada mereka adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan setiap seorang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).
Portfolio baru masing-masing belum diumumkan.
Majlis turut disaksikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.
Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada Sabtu lalu selepas BN menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri ke-10 itu. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment