hyee...haaa...ada antara kita yg susah nk tidur dgn lena kan ??
ade yg tak dpt tidur langsung pon ade...
Apa rahsia untuk mendapatkan tidur 7 - 8 jam yang nyenyak? Anda perlu pergi ke dapur dan menikmati satu atau dua dari 10 senarai makanan & minuman di bawah ini.
Makanan & minuman ini akan membantu menenangkan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon serotonin dan melatonin untuk membantu anda tidur lebih lena =)
haa jom usha jom pe 10 jenis makanan & minuman tue...
1. Kentang
Sedikit kentang rebus atau kentang panggang di malam hari tidak akan menaikkan berat badan anda. Kentang membersihkan asid yang dapat mengganggu kerja tryptophan di dalam tubuh.
2. Pisang
Pisang seperti ubat tidur semula jadi. Selain mengandungi melatonin dan serotonin dalam jumlah kecil, pisang juga mengandungi magnesium, bahan yang dapat merangsang relaksi otot.
3. Teh Chamomile
Teh Chamomile mempunyai kesan penenang yang dapat menurunkan stress fizikal mahupun mental, membuatkan teh ini minuman yang sesuai untuk diminum sebelum tidur.
4. Susu panas
Segelas susu panas sebelum tidur dapat membantu tidur anda. Susu mengandungi tryptophan, iaitu asid amino yang mempunyai kesan penenang dan kalsium yang membantu otak untuk menggunakan tryptophan.
5. Madu

Tambahkan madu sedikit di dalam susu atau teh anda. Madu dapat meningkatkan tenaga, tetapi dalam jumlah yang sedikit, madu dapat memberitahu otak anda untuk mengurangkan kerja orexin.
6. Oatmeal
Oatmeal sebelum tidur adalah jalan terpantas mendapatkn tidur yang lena, kerana oatmeal merangsang penghasilan melatonin di dalam tubuh pada malam hari.
7. Kacang Almond
Almond adalah kacang yang baik bagi kesihatan jantung. Tetapi almond juga dapat membantu tidur anda kerana mengandungi tryptophan dan magnesium.
8. Flaxseed
Flaxseed kaya akan asid omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood anda. Ambillah flaxseed ketika anda sedang mengalami stress atau tekanan yang berat. Tidur anda juga akan lebih nyenyak.
9. Roti Gandum

Sepotong roti gandum dan teh akan merangsang insulin di dalam tubuh anda, yang berguna untuk membantu kerja tryptophan untuk bergerak balas di otak. Dimana tryptophan akan diubah menjadi serotonin yang memberi tahu otak anda untuk tidur.
10. Daging Ayam Belanda
Daging ayam belanda adalah sumber yang sangat baik untuk tryptophan. Tryptophan bekerja ketika perut anda kosong dan tidak ketika anda sedang kenyang. Pengambilan 1 hingga 2 potong dari daging ayam belanda bersama dengan roti gandum pada waktu tengah hari akan dapat membantu membuat tidur anda lebih nyenyak di malam hari.. =)
so cube la yerkk ;p
2 comments:
inna suka pisang...baik utk penghadaman! ^^
@inna : yuppzz..that rite.. =) bnyk khasiat pisang nie.. ;p
Post a Comment