Followers

Oct 26, 2011

Wordless Wednesday

Posted by MohdHaz on 12:53 AM

Oct 23, 2011

~ Life is too short to waste time hating anyone ~

Posted by MohdHaz on 5:20 PM


renung-renungkan =)

Oct 19, 2011

Keptusan Penuh Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 18 Oktober 2011

Posted by MohdHaz on 12:14 AM


TERENGGANU VS SELANGOR
2 :  0


T-TEAM VS N.SEMBILAN
2  :  4

Oct 14, 2011

Keptusan Penuh Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 14 Oktober 2011

Posted by MohdHaz on 11:11 PM


berikut merupakan keputusan akhir bagi perlawan suku akhir kedua Piala Malaysia 14 Oktober 2011
Tahniah pada pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir =)

KELANTAN      2       2   TERENGGANU ( agreget 3-5 Terengganu layak ke separuh akhir )
PERAK            0       1   SELANGOR     ( agreget 1-4 Selangor layak ke separuh akhir )
T-TEAM          2       1   SABAH           ( agreget  4-2 T-Team layak ke separuh akhir )
N.SEMBILAN    3       0   FELDA UNITED ( agreget 3-1 N.Sembilan layak ke separuh akhir )

PERLAWAN SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2011

SELANGOR vs TERENGGANU
T-TEAM     vs  N.SEMBILAN 


Oct 10, 2011

Keputusan Penuh Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2011

Posted by MohdHaz on 11:07 PM


FULL TIME

SELANGOR         3     1     PERAK
TERENGGANU    3     1     KELANTAN
SABAH               1     2     T-TEAM
FELDA UNITED   1     0     N. SEMBILAN

Suku akhir kedua akan berlangsung pada 14 Oktober 2011 =)
tahniah pada pasukan yang mendahului...pasukan yang tidak, cuba lagi okeeyyy pd suku akhir kedua nnti^^ 

Oct 9, 2011

Kenapa Jarum Jam Berputar Dari Kanan Ke Kiri ??

Posted by MohdHaz on 4:19 PM




Pada zaman dulu jam adalah benda mewah yang hanya dimiliki oleh orang-orang kaye jeer, saiznye pon kemain besar lagi taw. Tapi skrng jam adlh bende yang wajib dimiliki, ukuran ngn bentuknye pon dh mcm2 jenis dah...bentuk Angry Bird pon ade hehe... Pernah tak korang terfikir, kenapa jarum jam bergerak ke kanan? bende nie nmpak cm perkara remeh jer..tapi ade sejarah kenapa jadi mcm tue...

waktu dulu sebelum jam dicipta beberapa suku dan bangsa kuno menentukan waktu dengan cara pengukuran yang berbeza. Bangsa mesir merupakan salah satu bangsa yang pada waktu tue menentukan waktu dengan memanfaatkan pergerakan matahari... Mereka mendirikan sebuah tugu yang disebut obeliks, ketika matahari bergerak, maka bayangan dari tugu tersebut juga akan bergerak, dari sanalah mereka mengukur waktu. Oleh sbb matahari terbit dari timur dan Mesir berada di bahagian utara dunia maka ketika matahari bergerak bayangan dari tugu obeliks pun bergerak ke kanan.

Itulah alasan kuat mengapa akhirnya jarum jam dibuat bergerak ke kanan, seandainya Mesir berada di bahagain selatan dunia mungkin kita akan melihat jarum jam bergerak ke kiri..hehe =)





''Setiap detik yang berlalu mustahil untuk dikembalikan semula"
"satu saat berlalu bermaksud satu saat lagi kita menghampiri kematian"


Gila Kentang @ Kentang Gila ?? ^^

Posted by MohdHaz on 12:33 AM

giler besar kentang niee...ehehe
ko ada??


Oct 6, 2011

Juadah Serangga Serata Dunia

Posted by MohdHaz on 2:20 PM

waahhh..korang sanggup ke nk makan serangga nie??

tapi kt negara lain...diorng relaks jer kunyah bende tue...
berkhasiat dan sihat lagi katanye...jom tngok ape serangga yang diorang makan tue..

Ghana
Ketika musim hujan, sejenis anai-anai bersayap digoreng, dipanggang atau dijadikan sebahagian ramuan pembuatan roti.

Afrika Selatan
Serangga dimakan dengan bubur jagung, sesetengah ulat larva dan cengkerik menjadi ramuan dalam pembuatan roti.

Croatia
Sebuah restoran mesra alam, menjadikan cacing tanah sebagai bahan utama dalam menunya. Restoran terletak di wilayah Zadar itu mendakwa cacing itu mengandungi protein yang tinggi dan rendah lemak menjadikan makanan lebih bernutrisi. Antara sajian yang ditawarkan termasuk sup diperkayakan dengan cacing, cacing goreng dan kek keju cacing.

China
Kebanyakan serangga atau makanan eksotik lain digunakan sebagai ubat alternatif yang dikaitkan dengan kesuburan dan tenaga batin. Namun, cengkerik goreng banyak dijual sebagai snek di pasar malam dan gerai kaki lima kerana rasanya seperti udang bakar.

Jepun
Larva lalat akuatik ditumis bersama gula dan kicap manakala belalang dimasak bersama buah pala, dikenali sebagai inago, dijadikan snek koktail kegemaran ramai. Sementara itu, warga tua kawasan tanah tinggi Jepun percaya menikmati keropok tebuan dapat memanjang usia mereka.

Bali, Indonesia
Pepatung direbus di dalam santan dengan halia dan bawang putih sebagai makanan istimewa di Bali.

New Guinea dan Australia
Ulat pokok limauUlat pokok menjadi hidangan istimewa di New Guinea dan makanan kegemaran orang asli Australia.

Amerika Selatan
Masyarakat India di Amerika Latin menggemari riang-riang dan labah-labah Tarantula panggang manakala semut menjadi bahan untuk makanan tradisional mereka. Satu lagi makanan kegemaran ramai adalah cacing AGAVE dimakan bersama roti tortilla dan di Mexico ia diletakkan dalam minuman keras. 

Britain
Sebuah restoran terkemuka Selfridges, Fortnum & Mason menyajikan serangga seperti lebah, cengkerik dan kumbang kini sebagai makanan ringan. Malah selebriti Heston Blumenthal menjadikan serangga sebagai bahan dalam masakan gaya Victoria.

New Zealand 
Masyarakat orang asli Maori makan ulat larva yang dipanggang atau digoreng dan rasanya dikatakan menyamai ayam masak bersama keju

Amerika Syarikat
Sebuah restoran di Bristol dikenali sebagai Zulu Restoran menjadikan cengkerik dan lebah sebagai menu untuk kudapan. ada satu persatuan dikenali sebagai Bay Area Bug Eating Society, (BABES) yang mempromosikan makanan berasaskan serangga. Selain menggalakkan orang ramai makan serangga, persatuan ini menyediakan pelbagai resipi juadah yang berasaskan serangga seperti sandwich riang-riang, sup anak lebah dan spaghetti bersama ulat. Persatauan ini turut menerbitkan buku dan VCD cara meamsak serangga. 

Vietnam, Kemboja dan Thailand
Belalang, labah-labah Tarantula, cengkerik, lipas dan kala jengking, menu biasa boleh dijumpa di kaki lima. Biasanya serangga itu digoreng sama ada dengan tepung, goreng cili, masak halia, disira dengan gula, cili atau madu. Menjadi kudapan dan makanan ringan yang boleh diperoleh setiap hari. 

Oct 5, 2011

Jiwang : Kata - Kata Pujangga Cinta ^^

Posted by MohdHaz on 12:38 AM

Korang tngah cari ayat power untuk si dia ??

atau kata2 jiwang dan pujangga cinta....

Kata-Kata Pujangga Cinta

haaaa ini dia...sy nk share ckit ngn korang...
mne tau..lpas nie boleh la korng bgi kt si dia kan =)




  • cintailah sesuatu itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada satu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi cintamu pada satu ketika



  • Cinta sejati adalah cinta yang tidak bertambah oleh kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan


  • Hati dan jantung manusia itu habis dan kering kasih sayangnya, dia akan merupakan kaca yang pecah yang tidak mungkin akan bertaut kembali


  • Tiada kisah yang teramat manis dari kisah cinta, tiada kisah yang amat ngeri dari putus cinta


  • Cinta dan kasih sayang bukanlah sesuatu yang kekal abadi pada seseorang. Ia bukan sahaja boleh tumbuh subur, tetapi juga boleh layu sebelum berkembang


  • Cinta adalah kehidupan bagi seorang wanita, tetapi merupakan sebahagian babak kehidupan seorang lelaki


  • Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula menyia-nyiakan orang yang mencintaimu kerana itu berbahaya


  • Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat


  • Cinta laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci cuma tanah yang berlainan menerima


  • Cinta seperti ombak dan manusia seperti pantai. Kemana juga larinya pantai, akan tetap juga disentuh ombak. Indah atau tidaknya pantai itu bergantung kepada keras atau lembutnya ombak yang melanda


  • Lemparkan sesorang yang bahagia dalam cinta ke dalam laut, nescaya dia akan timbul dan membawa seekor ikan. Letakkan pula seseorang yang derita dalam cinta ke dalam gudang roti, nescaya dia akan mati kelaparan

  • Oct 4, 2011

    Kosmo 4/10 : Bayi Baru Lahir Maut Dicampak Ibu Sendiri Ke Dalam Longkang

    Posted by MohdHaz on 9:25 AM


    SELAYANG – Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.
    Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.
    Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.
    Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.
    Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.
    Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.
    Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.
    “Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).
    “Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

    Oct 3, 2011

    SEGMEN HARIS KAITO : JOM TAMBAH FOLLOWER

    Posted by MohdHaz on 11:42 PM


    join segmen lagi...hehe...

    jom ramai2 join jom...mudah jerr segmen nie...

    nk tambah2 fllowers blog kite... =)


    nk join ?? klik jer banner ats biru laut tue l ;p

    Siapakah yang dimaksudkan dengan Lelaki Soleh ??

    Posted by MohdHaz on 11:29 PM

    KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS:
    1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
    2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
    3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
    4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
    5. Ikhlas dalam beramal.
    6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
    7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
    8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
    9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
    10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
    11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
    12. Selalu berinfaq samada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
    13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
    14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
    15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
    16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhuk penuh kepada Allah swt.
    17. Berkasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
    disunting dari : http://nurjeehan.wordpress.com/2007/02/03/siapakah-yang-dimaksudkan-dengan-lelaki-soleh/

    SEGMEN 1hari : Tambah rakan blogger

    Posted by MohdHaz on 8:08 PM


    aku kalau bab join2 segmen nie mmng suke la...hehe

    sbb ape?? sbb boleh tmbh kenalan bloggers taw...best!! hehe

    kali nie segmen jom tambh kenalan blogger plak...senang je nk join...

    klik header bawh nie k... =)


    tarikh tutup mlm nie..jam 10 mlm nie (3 Oktober 2011) ...

    haaa cepat2 join..msih ade masa lgi nie...
    jom reramai tambh rakan bloggers kite ;p

    Oct 2, 2011

    Jowm Join Bloglist Eyryn Bercerita !

    Posted by MohdHaz on 9:58 PM

    wahhh!! join segmen lgi..hehe


    hari nie rase semangat lain mcm jerr...
    semangt berkobar2 nk join segmen yg dibuat oleh rakan2 blogger nie.. hehe

    lepas jer ditag olh kwn blogger yana nie
    terus je aku nk join...

    niat di hati nk berkenal-kenal antara rakan blogger slain dpt bertukar2 pndpt n cerite..

    kali nie segmen bloglist Eyrryn plak...
    haaaa nmpk cm menarik..sbb ape??

    sbb ryn akan pilih 10 blog yg bertuah utk di promote selama 5 hari taw..mane la tau ade rezeki kn...untung lerrr....

    haaa nk join?? senang jerr...klik je header nie k


    blogger betuah yg ditag adelah jeng..jeng...jeng....


    Mutiara Hati : Ciri-ciri wanita solehah

    Posted by MohdHaz on 8:56 PM


    sy ingin kongsikan satu artikel yng sngt menarik...

    artikel berkaitan dengan ciri-ciri yang ada pada seorang wanita solehah

    ingatlah..betapa tinggi martabat wanita yang menjaga maruahnya itu...
    sesungguhnya wanita adalah perhiasan dunia...dan seindah hiasan adalah wanita solehah =)


    Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
    Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
    1. Taat kepada Allah dan RasulNya
    2. Taat kepada suami
    Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
    1. Taat kepada Allah dan RasulNya
    Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
    - Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
    - Wajib menutup aurat
    - Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
    - Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
    - Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
    - Berbuat baik kepada ibu & bapa
    - Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
    - Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
    - Bersikap baik terhadap tetangga
    2. Taat kepada suami
    - Memelihara kewajipan terhadap suami
    - Sentiasa menyenangkan suami
    - Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
    - Tidak bermasam muka di hadapan suami
    - Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
    - Tidak keluar tanpa izin suami
    - Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
    - Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
    - Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
    - Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
    FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
    Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
    Faktor-faktor tersebut ialah:
    1) Lupa mengingat Allah
    Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
    Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
    ” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
    Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
    “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
    Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
    2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
    Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
    Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
    ” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
    3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
    4) Lemah iman.
    5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.



    Petua Luruskan Rambut ^^,

    Posted by MohdHaz on 4:00 PM


    sy percaye ramai kt luar tue idamkan rambut yang lurus, lebat hitam n sihat kn...

    nak tau petua nk jadikan rambut anda yg kerinting tue jadi lurus ??

    boleh cube la yerr... =)


    • sediakan 2 biji telur dan sedikit tepung gandum
    • bancuhkan kedua-duanya membentuk paste
    • lembabkan rambur dengan air bersih dan lumurkan bancuhan tadi pada keseluruhan rambut
    • sikat rambut menjadi lurus dan biarkan selama setengah jam
    • bilas dengan air bersih
    • lakukan 2 kali seminggu

    petua disunting dri : http://101petua.blogspot.com

    Jom tambah trafik blog!

    Posted by MohdHaz on 3:46 PM

    jom tambah trafik blog


    sesape yg rase nk tmbh trafik tue...
    haaaa meh la join segmen nie ehh...
    join segmen nie trafik lancar jer tak de simpang ngn lampu isyarat dah..

    cm dekat highway tue..ehehe

    nk join ?? klik jer banner bwh nie okeeeyyy =)

    Lawak Hujan =)

    Posted by MohdHaz on 3:34 PM

    Yuna - "Come As You Are" (Official Video)

    Posted by MohdHaz on 3:01 PM




    lagu nie covering lagu Nirvana's


    layannnn =)






    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    • RSS
    • Delicious
    • Digg
    • Facebook
    • Twitter
    • Linkedin

    Search Site