Followers

Feb 25, 2011

~ Soal Mulut & Hati ~ apedehal....

Posted by MohdHaz on 7:58 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


waaalaawehhh...dh agak lama tak update blog nie...
tgok dh de sarang labah2 dh dalam nie...siap ade 4 keturunan dh kot...apedehal...hehe


hmmm...post kali nie nk brbicara soal mulut dan hati...
apedehal mulut ngn hati bagai nie?


okk...senang jerr...cube lepas korang bangun tido kn...tak gosok gigi...then pgi sekolah/kuliah/keje bagai..
smpai jer kt tmpat yg korang sepatutnya smpai tue...korang dngan muka yg sangat suci lagi manis say 'GOOD MORNING' to everyones..ckp tue plak dekat2 dngn muka diowang...
korang rasa ape yg diorang buat lpas tue??
diorang bagi korang hadiah laa kannnnnnnnnnnnn........penampar 8 kali kiri kanan laju2...
hehe...tue kerana mulut...badan binasa la tue..betul tak ?


ok..selalu sgat kn..bila mana apa yg kita ckp pda orang tue lain sgt dngan apa yang ada dlm hati kita...




ye la...sbgai contoh...situasi cm nie :


Bicara Mulut :
" eh Senah, pe kejadahnye ko pakai tudung senget sebelah nie?? tpi mmng stylish la ko pakai cm tue " i loiiikkkkeeee...


Bicara Hati :
" choii sgt Senah nie pakai tudung gitue....dh mcm hantu kak limah dh aku tgok...kita bako jerr..kita bako!!!....dah la tue...tudng old fashion...geli bulu ketiak aku nie... euwwww!!


Senah pon menjawab


Bicara Mulut :
 "ye ker cik gayah?? ada mcm Nora Danish kan muka sy " ..


Bicara Hati: 
" celaka pnye Gayah...mcm aku tak tau ko perli aku ekk...ko pikir ko cantik sngt?? aku tgok perut babi hutan lagi comel dripada muka ko gayah..." siap ko..lpas nie..huh!




ok...faham tak? nampak kan...mcm tue la manusia...
selalunya mulut kata lain...hati kata lain...


so...moral of the story...jgn la jadi hipokrit weii....
just say honestly...ok..
then kene berani la tanggung risiko...ok...

Feb 5, 2011

~ Kehidupan memang mengasyikkan..TAPI.....

Posted by MohdHaz on 4:18 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


untuk post entry kali nie, green nak kongsi sikit pendapat mengenai kehidupan...untuk makluman, green mmng suke sngt kupas isu pasal kehidupan nie daripada kaca mata pandangan green sendiri...sbb ape?? sbb green rase yang kehidupan nie terlalu hampir dan dekat dengan kita...kita hidup hari nie...tak semestinya kita masih boleh bernafas untuk hari esok kan??


ok...permulaanya meh kite renungkan sesame ek...kita dilahirkan kat dunia nie smuanya sama...tak ada yang lebih dosanya...dan tak ada yang kurang pahalanya antara satu sama lain...tak kira la kan samaada anda lahir daripada keluarga raja ke hatta keluarga hamba abdi sekalipun...semuanya sama jer...sbb tue orang kata bayi tue ibarat kain putih suci bersih..kita yang dah berakal nie lah patut mencorakkannya...dan kt situ la pilihan kepada diri kita...nk corak kain tue jadi warna mcm mane...


hari berganti hari, kita semakin dewasa...daripada kanak-kanak kepada remaja seterusnya dewasa dan meningkat kepada golongan tua atau bahasa sedap lagi warga emas. Sepanjang kita hidup setakat nie, apa yang kita dah buat ek? banyak dah ke amalan kita? cukup dah ke kebaikan yang kita buat? berapa banyak pulak dosa kita? laksana dah ke tanggungjawab kita sebagai muslim? ibu? ayah? anak? abang? kakak? adik? berapa banyak sedekah yang kita buat? ikhlas ke? gosip pasal ape hari nie? mengumpat si pulan bin si pulan jom ?  .......


secara peribadi, dunia nie memng sangat mengasyikkan...green sendiri tersasar jauh dalam lamunan keasyikkan duniawi bagai nie...kita selalu nak elak dari melakukan dosa dan maksiat..tapi sbb hati kita yang kotor, kita TAK mampu...betul tak? sama mcm green sendiri la..selalu jer nk buat kebaikan, pasti ada halangan menanti...itu la lumrahnya dunia..REALITI BUKAN FANTASI....


TAPI....green nak ingatkan kat diri green dan sahabat2 smua...
kita kena ingat....mcm mana jahatnya pun hati kita...green yakin dan percaya...jauhhhhhhhhh di sudut hati kita masih ingat pada Sang Pencipta Maha Esa...berubah itu boleh...asalkan ada kesungguhan kearahnya dan niat yang baik insyaAllah smuanya pasti bolehhhh. Aminn . 
~ Peace No War ~

Feb 3, 2011

~Krisis Pergolakan di Mesir ~

Posted by MohdHaz on 2:56 PM

Dari perspektif kaca mata seorang guru pelatih......


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
tentu semua orang tahu mengenai apa sebenarnya yang menjadi buah mulut kebanyakkan masyarakat dunia kini...
ianya adalah berkaitan dengan tercetusnya gelombang kebangkitan masyarakat Republik Rakyat Mesir bagi menuntut pembaharuan dalam pentadbiran yang selama ini dikuasai oleh rejim Presiden Hosni Mubarak...


Mesir terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan ilmu pengetahuan...terdapat begitu banyak universiti didirikan terutamanya dalam bidang perubatan dan pengajian islam...
Universiti terkenal seperti Universiti Al-Azhar dan Iskandariah terletak di Mesir...terdapat beberapa buah bandar utama di Republik Rakyat Mesir ini seperti Kaherah, Iskandariah, Mansourah, Alexandria dan sebagainya. Hampir 14 000 rakyat Malaysia belajar dan bekerja di negara ini.


Presiden Hosni Mubarak telah memerintah Mesir selama lebih kurang 30 tahun lamanya...
selama pemerintahan beliau, menyebabkan berlaku begitu banyak krisis rasuah, pengangguran, kemiskinan dan sebagainya.


Gelombang kebangkitan rakyat di Mesir diilhamkan oleh kebangkitan rakyat Turnisia yang berjaya menggulingkan pemerintahan sekian lama Presiden Zine El Abidine Ben Ali. Gelombang ini dilihat semakin merebak ke negara-negara timur tengah. Ini termasukkalah negara Yaman, Jordan dan kemungkinan besar akan tercetus di negara Arab Saudi sendiri.


Secara peribadinya, green berpendapat bahawa kebangkitan yang tercetus ini akibat daripada sistem demokrasi yang wujud di negara timur tengah begitu kotor sekali sejak berdekat lamanya. Demokrasi yang wujud bukan lagi demokrasi sebenar sebaliknya ditunjangi oleh pelbagai helah dan tipu daya oleh golongan yang begitu tamak dan rakus untuk memiliki kuasa. Rakyat sudah muak serta mula sedar daripada tidur yang lama untuk bangkit menentang hal ini. Tunjuk perasaan yang tercetus hampir di semua kawasan di dalam negara yang mempunyai 80 juta penduduk ini semakin tegang. Angka korban semakin meningkat dan mereka yang cedera semakin ramai. Apa yang lebih menakutkan ialah sistem penjara tidak lagi berfungsi dan penjenayah bebas berleluasa. Keadaan kucar kacir ini begitu bahaya sekali namun apa yang dilakukan oleh Presiden Mesir? masih degil dengan pendiriannya untuk kekal berkuasa dan membiarkan rakyat hidup menderita. Inikah yang dikatakan seorang pemimpin yang baik? demokrasi yang bersih dan telus?


Justeru itu, melihat kepada situasi ini, wajarlah bagi pihak tersebut untuk berundur serta memberi peluang kepada orang lain untuk membina semula negara. Jika tidak, green yakin dan pasti gelombang kebangkitan ini akan terus menyebabkan berlakunya kemusnahan besar-besaran bukan sahaja kepada negara Mesir sebaliknya kepada masyarakat dunia amnya. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site