Followers

May 31, 2011

Saif nafi kutuk Aishwarya Rai

Posted by MohdHaz on 1:48 PM


KENYATAAN aktor Saif Ali Khan tentang kecantikan Aishwayra Rai telah disalah tafsir.


“AISHWARYA terpilih mungkin kerana mukanya yang cantik!” Itu komen kontroversi aktor Saif Ali Khan apabila diminta mengulas tentang kekerapan aktres Aishwarya Rai terpilih menghadiri Festival Filem Cannes di Perancis.
Komen Saif itu kemudian disebarkan menerusi beberapa laman web di internet dan ada yang mengutuk Saif dengan mendakwa Saif melabelkan Aishwarya sebagai sekadar aktres yang bersandarkan kepada kecantikan dan bukan bakat lakonan.
Namun, Saif dalam kenyataannya menegaskan dia sangat terkejut kerana dikatakan telah mengutuk Aishwarya, sedangkan menurutnya, bukan itu yang dimaksudkan daripada komennya itu.
“Saya ditanya tentang apakah relevan Aishwarya ke Festival Cannes dan saya jawablah dia merupakan wajah India di peringkat antarabangsa dan ia bukan bermaksud saya mengutuk dia,” ujarnya kepada IANS.
Tambah Saif: “Saya kata saya bangga dengan kejelitaan wajah Aishwarya. Ada satu laman web memaparkan apa yang benar-benar saya perkatakan tentang Aishwarya, tetapi laman web-laman web lain memaparkannya dengan cara yang salah.”
sumber : kosmo.com.my

Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan

Posted by MohdHaz on 12:23 AM




Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

NONESementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.



sumber : Malaysiakini.com

Serina Hamil Anak Kedua

Posted by MohdHaz on 12:12 AM

Serina sedang bahagia dengan suami dan anaknya. - Foto ihsan SERINA
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Serina Redzuawan mengandung anak kedua yang baru sahaja berusia sebulan.
Serina mengesahkan perkara itu menerusi laman sosial Facebook miliknya yang ditulis pada Ahad.
“Syukur, alhamdulillah kerana saya telah hamil anak kedua dan ingin berkongsi berita gembira ini.
“Doakan saya mendapat anak perempuan pula kali ini. Setakat ini saya tidak mendapat alahan seperti mengandungkan Tristan Tareef dulu,” katanya dalam laman sosial itu.
Pelakon itu turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Tristan Tareef O'luanaigh yang kini berusia lapan bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar.
Catatan menerusi laman Facebook Serina.
Dalam perkembangan lain, Serina sedang sibuk berlakon drama Roda Roda Kuala Lumpur dan menerbitkan drama Mampus Masuk Kampung di bawah syarikatnya, YKS Film Maker Sdn Bhd yang ditubuhkan dua tahun lalu.
Selain itu, dia masih aktif menjadi pengacara majlis dan menjalankan perniagaan minuman kesihatan Mavellous.
Katanya, minuman yang dijual pada harga RM500 itu disasarkan kepada golongan berumur 20 tahun ke atas. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan awet muda, merawat penyakit kencing manis dan mati pucuk.
Bapanya, Datuk Chef Wan turut ditampilkan sebagai duta produk tersebut.
sumber : mstar.com.my

Adira Enggan Campur Insiden Kekasaran Hafiz

Posted by MohdHaz on 12:11 AM

Adira
KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Adira Suhaimi, 21, atau Adira (AF8) meminta supaya tidak dikaitkan dengan konflik yang tercetus di antara kekasihnya, penyanyi Hafiz (AF7) dan seorang pengurus pentas wanita yang dikenali sebagai Z, baru-baru ini.
Ujar naib juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) ini, sebolehnya apa juga permasalahan atau perasaan tidak puas hati di antara mereka berdua tidak dikaitkan dengan dirinya kerana ia tidak ada kena-mengena dengan dia.
"Saya tidak tahu hendak cakap apa. Apabila mendapat tahu tentang kejadian itu, saya bertanya juga pada diri sendiri, kenapa ia harus berlaku?
"Cukup-cukuplah, kes yang mendakwa saya seorang lesbian sebelum ini pun belum reda, kini sudah muncul pula satu lagi kontroversi yang mengaitkan nama saya.
"Saya tidak berada di tempat kejadian ketika insiden itu berlaku, jadi tidak adil untuk babitkan saya sekali," jelasnya yang ditemui selepas majlis Gempak Universe Astro, baru-baru ini.
Apabila ditanya adakah dia bertanya dan berbincang dengan Hafiz susulan kejadian tersebut, penyanyi lagu Ilusi ini bagaimanapun tidak berbuat demikian kerana enggan membesar-besarkan hal berkenaan.
"Saya tidak bertanya pun pada Hafiz atau Z kerana tidak mahu membesar-besarkan hal itu. Bagi saya, mereka lebih tahu bagaimana untuk selesaikan masalah tersebut dengan baik.
"Biarlah, perkara sudah terjadi, hendak buat macam mana? Saya serahkan kepada mereka untuk selesaikan konflik yang berlaku," katanya.
Tambah Adira, sebagai manusia dia tidak melihat hubungan persahabatannya dengan pengurus pentas berkenaan sebagai satu isu atau masalah sehingga boleh mengundang insiden sedemikian.
"Hakikatnya, saya dan Z tidak rapat mana pun. Kami hanya kawan biasa seperti mana dengan orang lain juga. Rasanya, tidak salah untuk berkawan dengan dia kerana dia juga manusia biasa.
"Cuma, perkara ini telah menjadi salah faham. Apa juga masalah yang berlaku antara mereka, saya tidak mahu dikaitkan," katanya yang berasa lega kerana mendapat sokongan peminat dalam menghadapi isu tersebut.
Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, Hafiz dikatakan telah bertindak kasar terhadap pengurus pentas itu dengan menolaknya sehingga mengakibatkan kecederaan.
Insiden berkenaan dikatakan berpunca daripada sikap cemburu Hafiz apabila wanita tersebut dipercayai cuba menjalinkan hubungan sejenis dengan Adira.
sumber : mstar.com.my

Tewas 'Mentor 5', Iqa & Ayish Jadi Artis KRU

Posted by MohdHaz on 12:11 AM

Iqa hanya layak mendapat tempat ketiga dalam Mentor 5. - Foto LOW BOON TAT
PETALING JAYA: Baru sahaja program Mentor musim kelima melabuhkan tirai, Ahad lalu, pemenang tempat ketiga, Iqa, 25, sudah dilamar menjadi artis KRU Studios milik adik-beradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim.
Bukan Iqa sahaja, seorang lagi bekas peserta Mentor 5, Ayish iaitu protege kepada Noh (Hujan) turut memilih untuk bernaung di bawah syarikat berkenaan.
Bonus kepada Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor apabila dia menjadi anak didik kepada Edry sepanjang tiga bulan menyertai program terbitan TV3 itu.
Malah, KRU juga telah menerbitkan cakera padat “single” terbarunya berjudul Di Penghujungnya yang akan diedarkan di stesen radio tempatan.
Edry juga telah mengatur perancangan untuk jangka masa panjang Iqa termasuklah menerbitkan album untuknya.
“Saya sudah mencetak “single” untuk diberikan kepada semua stesen radio terutama Hot FM. Saya juga tidak mempunyai masalah merakam album untuk Iqa.
Iqa berduet dengan Faizal Tahir.
“Saya melihat dia lebih cenderung menyanyikan lagu berentak pop rock. Selain Iqa, Ayish juga ingin menjadi artis rakaman KRU. Saya juga mengalu-alukan protégé yang lain untuk menyertai kami,” kata Edry sewaktu sidang media di Stadium Malawati, Shah Alam.
Menyorot sebalik kekalahan Iqa yang hanya layak mendapat tempat ketiga, Edry akui persaingan yang diberikan setiap peserta agak sengit.
Bagaimanapun, dia sedikit berpuas hati dengan kedudukan Iqa yang berjaya ke peringkat akhir walaupun pada mulanya dia mendapat kedudukan tercorot.
“Dia sudah melakukan yang terbaik sepanjang tiga bulan ini. Saya tak nafikan agak mencabar juga untuk mendapat tempat di hati penonton,” jelas Edry.
Sementara itu, Iqa terpaksa akur dengan keputusan tersebut walaupun mentornya telah menyediakan latar belakang pentas yang kreatif dan susunan muzik menggunakan orkestra.
Ayish.
“Saya rasa terharu bercampur gembira apabila berjaya ke peringkat akhir. Bagaimanapun saya tak nafikan berasa sedikit kecewa kerana gagal bergelar juara,” ujar Iqa.
Iqa menyanyikan empat buah lagu iaitu Ganas (duet dengan Edry), Ku MohonKarma (duet dengan Faizal Tahir) dan Di Penghujungnya (single terbaru).
Dalam Mentor Ahad lalu, Salmah A. Asis,21, atau Salma menjadi juara rancangan itu sehingga melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta sebuah kereta Chevrolet Cruz.
Selain Salma, mentornya iaitu Erra Fazira turut mendapat watang tunai dengan jumlah yang sama.
sumber : mstar.com.my

'Annissa' Tidak Eksploitasi Zain Saidin & Rozita

Posted by MohdHaz on 12:10 AM

Rozita Che Wan dan Zain Saidin
PETALING JAYA: Syarikat produksi drama popular Zeel Production tidak mengambil kesempatan terhadap kontroversi cinta Zain Saidin dengan aktres Rozita Che Wan apabila menggandingkan pelakon tersebut untuk drama bersiri Annissa.
Penerbitnya Fadziln Teh berkata, tawaran yang diberi kepada pelakon tersebut atas dasar hubungan baiknya selain mereka juga memiliki bakat lakonan yang bagus. Ia tiada kaitan langsung untuk mengambil kesempatan terhadap kontroversi mereka.
"Sejak penggambaran drama Kiah Pekasam, kami dah jadi geng. Tidak timbul isu mahu mengambil kesempatan terhadap kontroversi antara Rozita dan Zain bagi meraih populariti penonton supaya menyaksikan Annissa.
"Setakat ini saya lihat mereka begitu profesional dalam kerja. Tapi jika rating Annissa tinggi kerana ada kaitan dengan kontroversi tersebut, itu adalah satu kebetulan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Kontroversi cinta Rozita bukan sahaja dikaitkan dengan Zain malah turut melibatkan juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Shahir.
Salah satu Babak Annissa
Tambah Fadzil, dia turut menggandingkan Rozita dengan Shahir dalam sebuah drama Cer Citer Cinta yang akan ditayangkan di Astro Prima pada 7 Jun depan.
Katanya pada masa akan datang, pihak produksinya akan cuba menggandingkan pula ketiga-tiga artis berkenaan dalam sebuah telefilem.
Sementara itu, drama Annissa akan disiarkan sebanyak 26 episod setiap hari Selasa sehingga Khamis menerusi slot Samarinda di TV3 pukul 10.30 malam. Siri pertama rancangan itu menemui penonton pada Selasa (malam ini).
Diarahkan oleh Amy Maziah dan skrip oleh Sharifah Abu Salem, Annissa mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama dalam dunia fesyen dan memulakan perniagaan bersama, Annissa Corporation.
Namun, kehidupan peribadi mereka mula tercalar apabila Anna mengesyaki suaminya, Farid telah berkahwin lain. Walaupun Farid menafikannya Anna cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
sumber : mstar.com.my

Brad Pitt Mahu Segera Kahwin Dengan Angelina Jolie

Posted by MohdHaz on 12:09 AM

Brad Pitt dan Angelina Jolie
SETELAH enam tahun bersama tanpa ikatan yang sah, akhirnya aktor Brad Pitt ingin segera berkahwin dengan kekasih hatinya, Angelina Jolie.
Ini kerana, keenam-enam anak pasangan tersebut, Maddox (9), Pax (7), Zahara (6), Shiloh (5) dan si kembar Knox dan Viviene (2) telah memaksa mereka untuk segera menjadi suami isteri yang sah.
"Anak-anak sudah mula bertanya tentang pernikahan kami dan ia amat bererti buat mereka dan hal ini masih lagi sedang dipertimbangkan," katanya Pitt.
Pitt mula bercinta dengan Jolie selepas bercerai dengan isteri pertamanya, Jennifer Aniston. Manakala Jolie pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dengan Johnny Lee Miller dan Billy Bob Thornton.
Dalam pada itu, selain sibuk dengan urusan anak-anak, Pitt dan Jolie juga mempunyai ruang sendiri untuk berdua-duaan dan tidak menyembunyikan hal tersebut kepada anak-anak.
"Selalunya kami akan memberitahu anak-anak Mom dan Dad akan keluar bercumbuan sebentar dan mereka akan menjawab, eee... jijik", seloroh Pitt.
Pitt turut menyatakan bahawa dia dan Jolie sanggup membuat apa sahaja demi membahagiakan keenam-enam anak mereka itu dan berusaha untuk hidup secara normal seperti orang lain.
sumber : mstar.com.my

May 30, 2011

Elly Mazlein Harap Majlis Pertunangan Tutup Cerita Negatif

Posted by MohdHaz on 12:09 PM

Elly tersenyum manis di hari pertunangannya dengan Azmi di Bukit Kiara Equestrian Resort, Ahad. - Foto SHAARI CHE MAT
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein berharap cerita negatif tentang dirinya sebelum ini mampu ditutup selepas melangsungkan majlis pertunangan di Bukit Kiara Equestrian Resort, di sini, Ahad.
Sebelum ini, Elly pernah didakwa bercinta dengan VIP bergelar Datuk dan tidak kurang juga mengatakan dia sudah berkahwin dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sebelah utara.
Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Bakawali ini turut digembar-gemburkan bercinta dengan seorang pengarah yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak.
Namun begitu, Elly enggan mengimbas kembali setiap persoalan yang pernah dikaitkan dengannya sebaliknya tidak mampu menahan sebak apabila menganggap segala-galanya sudah terjawab kini.
Elly dengan tunangnya, Azmi.
“Saya tak mahu komen tentang cerita yang mengatakan saya mengambil suami orang kerana hari ini merupakan hari bahagia saya.
“Saya tidak sabar untuk bergelar isteri pada Februari tahun depan memandangkan usia saya sudah mencecah 30 tahun. Saya juga sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri dan ibu,” katanya yang telah bertunang dengan duda beranak dua, pengarah Azmi Hata.
Menurut Elly, mereka berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi melamar Elly pada Februari lalu.
“Saya tak kisah dengan status Azmi. Bagaimanapun, saya mengharapkan yang terbaik daripadanya hingga dia menunaikan janjinya untuk memperisterikan saya.
“Salah satu faktor yang membuatkan saya jatuh cinta dengannya adalah ciri-ciri kebapaan yang ada pada Azmi apabila melihat dia pandai mengambil hati anak saudara saya.
Elly berharap cerita negatif tentang dirinya sebelum ini mampu ditutup selepas melangsungkan majlis pertunangan itu.
“Selain itu, dia merupakan seorang yang sangat baik hati, menghormati orang lain, matang, pandai mengambil hati saya serta ibu dan bapa saya dan romantik kerana selalu membuat kejutan kepada saya,” ujarnya di samping Azmi.
Dalam pada itu, Azmi memilih Elly untuk menjadi suri hatinya apabila merasakan wanita itu mempunyai banyak keserasian dengannya.
“Apabila bersama dengannya, saya rasa diri saya sangat istimewa. Saya tahu ramai lelaki yang sukakan Elly tetapi saya rasa bertuah apabila tercalon untuk menjadi teman hidupnya.
“Dia juga seorang yang lemah-lembut, cantik, manja dan memahami karier saya. Saya juga bersyukur kerana dia dapat menerima anak-anak saya dan mempunyai keperibadian seorang ibu. Malah anak-anak saya memanggilnya mama,” katanya.
Azmi bercerai beberapa tahun lalu dan dikurniakan dua orang anak iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9.
Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi, Relakan Cinta dan Kasih Berbunga Lalang.
Dalam perkembangan lain, Elly yang hanya sempat mengambil cuti singkat dua hari untuk majlis pertunangannya akan memasuki penggambaran drama Secangkir Cinta Semanis Madu dan menunggu single terbarunya, Please Forgive Me diputarkan di radio.
sumber : mstar.com.my

Salma, Juara Mentor 5 Raih 3.25 juta Undian SMS Penonton

Posted by MohdHaz on 12:08 PM

Salma mengungguli gelaran juara Mentor 5 di Stadium Malawati, Shah Alam, Ahad. - Foto LOW BOON TAT
SHAH ALAM: Juara Mentor musim kelima, Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 21, berjaya meraih 3.25 juta undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton sebelum program itu melabuhkan tirainya di Stadium Malawati, di sini, Ahad.
Perkara tersebut disahkan oleh penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa di mana undian tersebut telah berjaya melonjak markah Salma iaitu 85 peratus jauh meninggalkan dua peserta lain yang turut bertanding iaitu Iqa dan Shiha.
Shiha mendapat tempat kedua dengan markah 63 peratus manakala Iqa menduduki tempat ketiga (56 peratus).
“Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya.
Erra, mentor Salma turut memenangi hadiah wang tunai RM100,000.
“Apa yang membangkitkan semangat saya untuk berjaya adalah teguran daripada Kak Erra dengan melakukan latihan bersungguh-sungguh setelah melihat prestasi saya agak teruk pada peringkat separuh akhir,” kata Salma dalam satu sidang media.
Selepas memenangi program yang turut disiarkan secara langsung di TV3 itu, secara automatik Salma akan bergelar artis di bawah stesen televisyen itu sebelum bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.
“Saya akan meneruskan minat dalam bidang nyanyian dan teringin untuk memiliki album sendiri. Dengan wang tunai yang saya dapat ini, mungkin saya akan merealisasikan impian saya.
“Saya juga merancang untuk membawa keluarga makan angin,” ujarnya lagi yang turut mengaku statusnya sebagai janda beranak satu.
Salma pernah berkahwin pada usia 17 tahun dan bercerai setahun selepas itu. Hasil perkahwinannya, dia dikurniakan seorang anak perempuan bernama Puteri Nurul Huda berusia lebih tiga tahun.
Dengan kemenangan itu, Salma berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze manakala mentornya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira turut memenangi hadiah wang tunai RM100,000.
Datuk Sharifah Aini, Shiha mendapat tempat kedua manakala Edry dan Iqa di tempat ketiga.
Sementara Shiha membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 serta mentornya, penyanyi Datuk Sharifah Aini membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah yang sama.
Tempat ketiga, Iqa dan mentornya, komposer dan penyanyi Edry Abdul Halim juga membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 setiap seorang.
Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.
Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Ziana Zain.
Turut diumumkan adalah pemenang peserta ujibakat iaitu Nursyila Mohd Khir yang menyanyikan lagu Oh Dimana dan menerima hadiah wang tunai RM1,000.
sumber : mstar.com.my

Agnes Monica Didakwa Meninggal Dunia

Posted by MohdHaz on 12:07 PM





JAKARTA - Sebuah laman blog, zaky-newsinsident.blogspot mendakwa, penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica meninggal dunia Sabtu lalu selepas diberi ubat berlebihan oleh doktor, lapor sebuah akhbar semalam.
Berita kematian Agnes yang berusia 24 tahun itu mencetuskan kegemparan kepada peminatnya terutama di laman jaringan sosial Twitter semalam.
Penulis blog tersebut menyiarkan kenyataan bahawa penyanyi yang terkenal dengan lagu Tanpa Kekasihku itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas diberi ubat berlebihan.
Dia dikatakan meninggal dunia pukul 11 pagi.
Perkara itu dipercayai dirahsiakan oleh pihak pengurusan, hospital dan keluarga Agnes.
Bagaimanapun, penyanyi jelita itu menerusi kenyataan di Twitter semalam menjelaskan, dia semakin pulih dan dibenar pulang dari hospital Siloam, Kebun Jeruk, Jakarta Barat di sini.
Agnes dilapor hanya ketawa selepas mengetahui gosip dia telah meninggal dunia.
"Hihihi itu benar kerana saya 'Meninggal'kan rumah sakit... hahahha." akui Agnes.
Penyanyi itu menjalani rawatan di hospital tersebut sejak Selasa lepas akibat mengalami kecederaan di bahagian punggung. - Agensi
sumber : kosmo.com.my

May 29, 2011

Salma Juara Mentor Musim Ke 5

Posted by MohdHaz on 11:42 PM



Dengan kemenangan tersebut, Salma dan juga mentornya Era Fazira membawa pulang hadiah wang tunai RM100 000 dan Salma juga membawa pulang sebuah kereta Nissan Shevrolet.

Elly Mazlein Naik Kereta Kuda Di Majlis Pertunangan

Posted by MohdHaz on 10:34 PM

Elly dan tunangnya, Azmi di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Ahad. - Foto SHAARI CHE MAT
KUALA LUMPUR: Pelakon Elly Mazlein menaiki kereta kuda ke majlis pertunangannya di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, di sini, Ahad.
Elly yang ditemani ibunya dan pereka kostum pertunangan, Eilla Faizshah dari Busana Cinta dijangka akan bernikah dengan pengarah filem Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, pada Februari tahun depan.
Pasangan itu telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi melamar Elly pada Februari lalu.
Majlis yang berlangsung bermula pukul 11.30 pagi itu turut dihadiri oleh 100 jemputan yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
Elly dan bakal ibu mertuanya, Zaleha.
Sambil duduk di pelamin indah berkonsepkan ‘menyunting si dara di taman larangan’ rekaan Faiz Sabari dari Reka Teemor dengan warna pastel seperti merah jambu dan putih, ibu Azmi, Zaleha Ahmad menyarungkan cincin di jari manis Elly.
Kedua-duanya berbalas lima dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti kek, manisan dan sirih junjung.
Elly memilih Azmi, duda beranak dua iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9, yang bercerai beberapa tahun lalu.
Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi, Relakan Cinta dan Kasih Berbunga Lalang.
sumber : mstar.com.my

AF9: Fina Mara ke Final

Posted by MohdHaz on 10:33 PM

FINA mara ke final AF9 setelah berjaya mendapat imuniti.
BUKIT JALIL: Pelajar berasal dari Melaka, Nurshafinaz Jebat, 18, atau lebih dikenali sebagai Fina berjaya menempatkan diri ke final Akademi Fantasia 9 (AF9) setelah berjaya mendapat imuniti.
Fina layak menerima imuniti berdasarkan markah tertinggi hasil dari undian SMS dan markah fakulti.
Menurut pengetua, Amy Search, Fina sememangnya layak untuk mendapat imunti tersebut.
"Dia layak menerima imuniti tersebut berdasarkan persembahan dari minggu pertama dalam AF9 ini.
"Setiap minggu dia menunjukkan peningkatan dan persembahan yang tidak mengecewakan," ujarnya pada sidang media Akademi Fantasia 9, di sini, Sabtu.
Dalam pada itu, mengulas kepada persembahan pelajar pada malam itu, Amy menganggap kelima-lima pelajar tersebut telah melakukan yang terbaik.
"Pada saya mereka telah menunjukkan usaha untuk memberi kelainan pada muzik tersebut.
"Berkenaan kritikan yang diberikan itu ada subjektif, tapi bagi saya kesemua mereka telah melakukan yang terbaik," katanya.
Sementara itu, tiada sebarang penyingkiran yang dibuat pada malam tersebut.
Empat peserta iaitu Hazama, Azri, Erul dan Lena akan meneruskan perjuangan mereka pada minggu kesembilan bagi menempatkan diri ke pusingan akhir.
Pertandingan peringkat akhir AF9 akan berlangsung pada Ahad, 12 Jun depan dan tempat akan diberitahu kemudian.
Selain itu, sebuah konsert kenangan Afnil turut diadakan pada 11 Jun depan bagi menyemarakkan konsert akhir dan penutup program realiti popular itu.
sumber : mstar.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Search Site